tiba tiba aku nak cerita pasal bola kejap boleh? sebelum tu tahniah kepada team gomo klate gomo (kelantan) yang berjaya menewaskan peteh ganu peteh ( terengganu) 3-2 dalam piala afc yang baru tamat dalam pukul 11.15pm mlm tadi..walaupun baru nak masuk suku akhir, tapi ini yang akan menjadi penyuntik semangat untuk team kelate bermain dengan lebih baik lagi dan menang dalam menentang johor dan seterusnya....Kelantan Boleh! errrk kau rasa aku ni terlebih dramatik ker? over la kau ni pieja huh =.="
gedebey vs nelang
ok aku bukan nak jadi dato' haji hasbullah awang selaku pengulas sukan untk game smlm dan jugak selaku pengkritik maharaja lawak mega..tapi aku nak bagitau yang aku macam terharu sikit apabila baca status kawan kawan perempuan aku semakin excited tengok bola haha..mengikut pemerhatian aku kebanyakan gurl akan tengok bola bila Malaysia lawan je, jarang sekali aku tengok diorang bukak status kat fb update pasal match epl..tapi takpe ini adalah langkah awal untuk mereka berjinak jinak dalam mengikuti sukan bola sepak hahaha..aku rasa ayat aku pelik..
ok pada aku la cara perempuan dan lelaki tengok bola dan pemerhatian diorang sangat la berbeza..sebab tu aku yang suka tengok bola ni pun jarang cerita pasal bola dengan lelaki sebab diorang ni kasar haha..dan aku nasihatkan kpd gurl yang suka tengok bola, kalau korang rasa seseorang lelaki tu tengah kutuk2 team fav. korang sila la jangan di lawan..nescaya korang akan kalah dan akan kena baham balik..lain la kalau korang ade backup seperti bf ewahh hehe sebab lelaki kalau cerita pasal bola dan bab2 membahan orang ni memng tak kisah perasaan orang..mulut mcm hape je haha..ni berdasarkan pengalaman aku sendiri la..
baik la itu saja untuk hari ni..aku dpat rasakan yang aku semakin ada kawan nak tengok dan nak bercerita pasal bola lepas ni hahaha..sememangnye aku memang poyo sejak azali ;P ok bubye! =)

No comments:
Post a Comment