Awas! Blog ini dilengkapi dengan CCTV. Segala gerak-geri anda diperhatikan.

Sunday, June 17, 2012

Help ! ! ! ! Baju turun Warna ke baju lain



Aduhai rasa macam nak meroyan jer boleh??
Bayangkan baju baru pakai beberapa kali ..pastu terendam dengan baju brown lepas tu basuh2 tengok2 baju yang warna putih tu ada tompok2 pink..ai sejak bila baju ni bercorak...
Dah cuba berus masa basah2 tu, then tak keluar jugak,,, pastu siap tabur sabun rendam semalama lagik..
Tak berhasil jugak.....
Ada sasape yang pernah jadi macam ni tak??
Ada petua bagus tak??
tolong saya....

CERITA NYE ! ! 

pada suatu petang..setelah pulang dari berjalan2, aku terus pergi mandi dan dengan rajinnya merendam baju kaler PUTIH itu bersama BAJU KURUNG kaler BROWN.sebenarnya..malam itu aku tertido awal..eh? yeke tertido? hahaha...sebenarnya memang tido awal sebab penat sgt...jadinya pada siang hari nya aku lihat baju kaler PUTIH itu sudah ada kaler tambahan... arghhhhh!!! tidak!!! tapi takpe..naseb baik baju tu harga RM35 je...tapi2...aku sayang baju tu..best je pakai....baru pakai berape kali je....

jadinya..tidak berdaya untuk mengundur balik masa supaya tak rendam baju tu selama semalaman hingga bertambah warna pada baju itu...huk3...aku pon rendam je lah dengan air sabun...tapi..macam tak ada perubahan je...camtu je aku tengok baju nya...makanya...aku menggagahkan diri meng-google untuk mencari petua hilangkan warna yang bertompok kat baju PUTIH aku tu...

Cara 1:
asingkan baju yang kena turun warna tu. jangan masuk dalam dryer. sebab nanti akan buat warna tu macam terus melekat kat baju. nanti korang kena pakai je baju tompok2 macam kucing yang bernama si Tompok. eh? tak ada kaitan kot..rendam baju itu dalam air dan basuh semula atau rendam dengan dalam sabun semalaman..
Cara 2:
rebus baju yang kena turun warna itu dengan air sehingga mendidih. ulang beberapa kali sehingga hilang warna yang kena kat baju tu. pastu kering kan la..

Cara 3:
rendam dalam klorox...hahahaha..cara yang ni aku tipu je. kalau korang buat memang lah hilang tompok2 tu tapiiiiiiiiiii........dengan kaler asal baju tu hilang sekali. teros korang dapat baju kaler putih yang baru. yeayyyy!!


* nanti aku nak try Cara 2 tu. Nak tengok jauh mana berkesan nak hilangkan tompok2 PINK kat baju kaler PUTIH aku tuh.. wish me luck yeah!



Sunday, June 10, 2012

Minggu Busy Dengan Kenduri Kawin

now playing : Untuk Dia by Najwa Latiff
mood : oh penat !


Assalamualaikum *bersihkan sawang lalang habuk


tiada idea nak tulis... so tgk gmbr je laaa..


selamat pengantin baru nafiz & eli





Sunday, May 27, 2012

~ SAJE JE~ SAYANG AWAK ~


  1. Tanpa cinta takkan wujudnya rindu, ♥
    Tanpa rindu tak mungkin adanya setia, ♥
    Tanpa setia takkan lahirnya kejujuran, ♥
    Tanpa kejujuran keikhlasan takkan terlihat, ♥

    ~Untuk mencari semua ini haruslah mencari dengan KESABARAN kerana hanya SABAR yang dapat menemukannya. ♥ ♥ ♥
  2. Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
  3. tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...♥

    Hargailah mereka yang menitiskan air mata untuk anda (^__^) 
  4. Perempuan kalau dia diam je sebenarnya macam-macam dia tgh fikir...Mungkin hati dia sedang bersedih tetapi dia menutup kesedihan dia dgn senyuman yg terukir di bibirnya....:'] 
  5. bertemu dirimu adalah TAKDIR
    menjadi kawan adalah PILIHAN
    tetapi...
    untuk jatuh cinta padamu
    ia bukanlah satu KEBETULAN....♥ 
  6. bila ada orang rindu kita, kita kena cakap terima kasih sebab perasaan tu Tuhan yang kasi...♥ =) 
  7. ~Belajarlah MENGHARGAI sekeping hati..
    Kerana hati yang apabila DILUKAI, akan menjerit SAKIT..
    Biarpun lukanya TIDAK BERDARAH, namun PARUTNYA pasti KEKAL parah..

    Namun, BERSYUKURLAH andai memiliki hati yang sering dilukai,
    Kerana melaluinya kita BELAJAR menjadi seorang yang lebih TABAH,
    Lalu lebih MEMAHAMI, lagi MENGERTI & tahu MENGHARGAI ! ♥ ~ 
  8. Berterima kasihlah pada orang yang telah:
    ☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT.
    ☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu semakin BIJAKSANA.
    ☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu.
    ☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu. ♥
  9. Tak KACAK tak apa ••
    ~> Sebab 'lelaki' memimpin bukan dengan kekacakan(^___^) ♥

    Tak CANTIK pun tak apa ••
    ~> Sebab 'perempuan' mengasihi dengan KELEMBUTAN bukan dengan kecantikan (^___^) ♥
  10. Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya.
    Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya.
    Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya.
    Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya.
    Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya juga.

    Tapi jika wanita yang ingin dibimbing, Ya ! itu adalah saya.
    Bimbinglah dan berilah ILMU AGAMA kepada saya.
    Walau siapa pun anda =]
  11. Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
    Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
    Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
    Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
    Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
    Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
    Namun kita tetap menyayanginya kerana dia sentiasa bertakhta di hati..♥(^__^)

Friday, May 25, 2012

FORENSIK ~Maybe Not Today~

Assalamualaikum wbt.
Maybe it can't be done today. Yeah, maybe not today. Also than that, I can do this tomorrow and postpone it. I have a much more time.
This quote had influenced all of our minds since we practically doesn't have a spirit to doing something with better efforts, right? We must try OUT our efforts! Owh tidak, speaking laa plak kan. Just like i say, we must try out our efforts eventhough we don't know it was right or not. Just OUT them! :) 


Teringat pula perbualan saya sendiri dengan seorang junior kat sekolah  yang bercakap tentang kerjaya masing-masing di kemudian hari nanti, :


Junior    : Kak, aku nak jadi Pakar Forensik laaa.
Senior    : (terbatuk) Amboi hang, bukan main. Cam kenal je cita-cita siapa tu.
Junior    : Haah, cita cita ko dulu kan. Satu family tau cita-cita hang tu tapi last-last hang masuk U amek kos lain gak. Jadinya, biar aku yang ganti ko. Hahaha.
Senior    : It not easy as i think. And also u. Forensic must be studying along your age kecuali kalau hang ni memang ada kepakaran semula jadi. Begin study now, my junior. Ni mesti tgok cerita CSI laa ni terpengaruh nak jadi forensik laaa kononnya.
Junior    : By the way, maybe not today. Aku boleh stadi lepas ni. Aku baru 16, kan? Banyak lagi masa untuk aku study kejadah ni. 
Senior   : Yes, you do. But after that, hang jadi macam aku gak. Pakar forensik tu cuma dalam khayalan hang je laaa kan. Kuang3.
Junior   : -.-'


Korang pernah kan bila bercita-cita tentang sesuatu yang korang suka tapi korang tak dapat nak capai. Saya sendiri banyak benda yang terlepas because i had put this quote 'Maybe Not Today' in my pure heart pure heart laa sgt many time. And then, i realise that would give me a bad bad bad result. Jadinya, jangan sentiasa tanam dalam hati korang yang korang malas, tanak, and banyak masa lagi untuk buat kerja-kerja tu. You'll know what it can be, right?


P/S : Masa nak buat entry ni pun asyik terpikir maybe bukan harini kot untuk update blog. Maybe someday. Tapi akhirnya terpost jugak. Ye, betul tu, akhirnyaaaa. Muahaha >_<


pp/s: time f4 wakil sekolah ke program jejak csi dan mendapat tmpat ke-3
yeeaahhh ! ! ! ! giler susah nak cari pembunuh.. :)



Thursday, May 24, 2012

Apabila Perempuan Semakin Berminat Menonton Bola~ yeah! :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


tiba tiba aku nak cerita pasal bola kejap boleh? sebelum tu tahniah kepada team gomo klate gomo (kelantan) yang berjaya menewaskan peteh ganu peteh ( terengganu) 3-2 dalam piala afc yang baru tamat dalam pukul 11.15pm mlm tadi..walaupun baru nak masuk suku akhir, tapi ini yang akan menjadi penyuntik semangat untuk team kelate bermain dengan lebih baik lagi dan menang dalam menentang johor dan seterusnya....Kelantan Boleh! errrk kau rasa aku ni terlebih dramatik ker? over la kau ni pieja huh =.="

gedebey vs nelang




ok aku bukan nak jadi dato' haji hasbullah awang selaku pengulas sukan untk game smlm dan jugak selaku pengkritik maharaja lawak mega..tapi aku nak bagitau yang aku macam terharu sikit apabila baca status kawan kawan perempuan aku semakin excited tengok bola haha..mengikut pemerhatian aku kebanyakan gurl akan tengok bola bila Malaysia lawan je, jarang sekali aku tengok diorang bukak status kat fb update pasal match epl..tapi takpe ini adalah langkah awal untuk mereka berjinak jinak dalam mengikuti sukan bola sepak hahaha..aku rasa ayat aku pelik..

ok pada aku la cara perempuan dan lelaki tengok bola dan pemerhatian diorang sangat la berbeza..sebab tu aku yang suka tengok bola ni pun jarang cerita pasal bola dengan lelaki sebab diorang ni kasar haha..dan aku nasihatkan kpd gurl yang suka tengok bola, kalau korang rasa seseorang lelaki tu tengah kutuk2 team fav. korang sila la jangan di lawan..nescaya korang akan kalah dan akan kena baham balik..lain la kalau korang ade backup seperti bf ewahh hehe sebab lelaki kalau cerita pasal bola dan bab2 membahan orang ni memng tak kisah perasaan orang..mulut mcm hape je haha..ni berdasarkan pengalaman aku sendiri la..

baik la itu saja untuk hari ni..aku dpat rasakan yang aku semakin ada kawan nak tengok dan nak bercerita pasal bola lepas ni hahaha..sememangnye aku memang poyo sejak azali ;P ok bubye!   =)

Wednesday, May 23, 2012

THE BEST SONG 4 ME ! ! !

Arash Ft. Helena - Broken Angel Mp3 Download | Music Addict


I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, lïsten to my heart
One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart
I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, lïsten to my heart
One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart
Lala lejli Lala lejli lalala lala
Lala lejli Lala lejli lalala lala




<3 I love this song so muchhhh......I'm so lonely broken angel...I'm so lonely...listen to my heart... <3


p/s: lonely when my Mr.S far eyes of my =(

FaCtS AbOut ME


FAKTA MENGENAI
WAN NORHAFIZAH BINTI WAN SEMAN



1) TAK SUKA KOPI

- yup, i really hate coffee ! yuck yuck yuck, pahit dohh.. aku dari kecik tak suke kopi, no metter what ! kau letak air kopi dalam cawan salut emas ke, kopi campuran strawberry ke, kopi kau beli kat ceruk afrika selatan ke.. NO WAY ! kopi still kopi.. pekat, hitam, pahit, melambangkan orang orang tua yang lepak warung tepi jalan, please lahhhh...hehehe

2) ANYTHING BOUT BADMINTON

- badminton,badminton,badminton!!, aku memang  suke main badminton, suke layan badminton live or ulangan, slalu ingin tau siape player badminton (kecuali yang popular laa)..hehehe

3) JENIS YANG SIMPAN

- haaaa dengar sini dengar sini !! aku nieh jenis yang simpan dalam.. kalau kau maki aku, herdik aku, sound aku.. aku tak akan meletup kat situ, unless kau hentak kepala aku pakai helmet ke, dulang mak kau ke, itu pasti akan KEBABOWWWW !! kalau tak, aku memang akan simpan sorang2.. bawak masuk dalam bilik, jalan sorang2 kat kolej, tak akan senyum kat sesiape until aku dapat selesakan diri balik.. get it??

4) SUKA BERGURAU

- sape yang dah kenal aku lame, pasti tau perangai aku ! yup, aku suke bergurau.. aku suke tengok kawan kawan, family aku gelak ketawa HAHAHAHAHAHA sampai pecah gegendang telinga ! fun what.. kalau ketawa, release tension wehh, itu yang aku sukee.. tapi aku tau bergurau ade had nye, so kalau aku terlebih gurau.. maaf maap maaf ! inilah aku, manusia yang suka akan gurauan.. meh laa kawan ngan aku, aku funny kott :)

5) TUDUNG

- haaaa takut tak ! takut tak ! haha.. serious dohh, aku suke TUDUNG aku ! kalau nak bersiap g kelas, g mane mane lahh, memang aku akan spent time depan cermin meraba raba, tudung aku nieh ! sampai laa aku puas hati, hamekk.. 20-30 minit, enough right?? haha kalau member2 yang ade gaya bertudung yang superb, fuhhhh terus aku dengki kat kau ! haha..*xdela*.. tudung  aku adalah mahkota paling mahal yang sesiape sentuh, sesiape rosakkan, means kau dah bunuh nyawa aku ! haha

6) KUCING !

- miaww miaawww kucing is my lovely pet ! tersangat laa comel.. okay, aku admit dulu aku benci kucing, fobia ngan kucing.. but one day, kuasa tuhan kan, ter-beranak lahh sekor kucing yang dari mane entah kat umah aku.. beb, nak taknak kene gak bela.. kan?? bela bela bela, datang perasaan suke then menjadi hobi membela kucing.. now, mane mane jumpe kucing, pasti aku akan SUKA GILA !! awwhhh comel comel :)

7) HANGOUT

- fakta yang perlu korang tahu dan ambil tindakan ! haha.. aku mmg xsuke gile hangout wehh, lagi lagi bile dah masuk U, aku seboleh akan spent weekend aku dekat kolej, aku xakan keluar kemane2. law kna bli barang yg penting je aku
kluar...hehehe...*saba je la..

8) SUKA SEJUK

- anything, aku suke suke sejuk ! kalau breakfast, korang suke layan teh tarik, coffee, teh 'o kan kan? aku tidak, aku akan selongkar peti ais dan keluarkan air sejuk or ais then letak dalam itu air panas yang menggelegak! fuhhh, tak boleh lahh kawan.. ta masuk tekak nanti ! aiskrim is my favourite, yummy.. segala jenis aiskrim laa, 20sen ke, cornetto ke, sundae ke.. gile lahhhhh :) and and kalau nak tidur, should be tempat yang sejuk.. serious, tempat panas ataupon sedikit panas akan menganggu keadaan aku ketika itu ! kalau dapat air-cond, sumpah terbaekkkk..


9) BELON + BADUT

-okay first, belon.. aku tak suke kerana IA BOLEH MELETUP BILE2 MASE ! grrr.. terkejut wehh.. memang aku paranoid, apahal?? kau imagine, let say kite sedang tiup belon, tiup tiup tiup tiup besaaaarrrr then meletup time kau ngah tiup, tak ke rabak mulut kau ! OHMYGOD, aku tak suke.. second is badut, yeahhh manusia yang make up tebal2 cam bangang tuh ! okay kau funny, leh buat belon bentuk anjing, tapi KAU SCARY LAHH MAKHLUK ! aku selalu mimpi hantu and that is u, badut ! dengan bibir kau merah, rambut kerinting2, melompat2.. SAYE TAK SUKA AWAK TAU TAK :(

10) SUKA RAMAI KAWAN

- yes, that's me ! suke gile cari kawan, buat kawan, cipta kawan.. hahah for me, kawan tempat kedua tok aku berhibur, kongsi masalah, tempat bermanja gitu.. kawan ade macam macam kan? banyak kerenah, banyak ragam aku dah jumpe.. semua unik, itu yang aku suke ! lihat saja kawan kawan di FACEBOOK, ramai bukan? haaaa, so pasni jangan laa label kan aku sombong ke, ape ke.. once awak dah kenal kite, sure takkan rugi :)

INI YANG AKU MAMPU TULIS, KALAU ADE LAGI, AKU TAMBAH OKAYY :)